KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius berhubung video yang memaparkan tindakan dua anggota polis yang dilihat memeras wang daripada seorang lelaki yang didakwa sebagai pelajar sekolah.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad berkata, insiden tersebut secara terang-terangan telah mencemar imej dan kredibiliti pasukan.

“Polis memohon kerjasama mangsa dan mana-mana pihak yang menyaksikan insiden tersebut atau yang mempunyai maklumat untuk tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Kita tidak mengamalkan “Blue Wall Of Silence” dan tak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku oleh pegawai atau anggota,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Video berduarasi dua minit 52 saat telah mula viral di alaman sosial facebook dan telah menerima pelbagai reaksi dari masyarakat.