Dunia Akhir Zaman!!! Fesyen Macam Sampah Masyarakat Betul!!! Macam-Macam Pulak Fesyen Yang Tidak Masuk Akal!! Ini Komen Netizen.










Tinggal beberapa bulan saja lagi umat Islam di Malaysia bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, para pereka fesyen tempatan kini sedang giat mempromosikan rekaan mereka untuk lebaran yang bakal tiba.

  • Antara fesyen yang paling hit ketika ini adalah rekaan fesyen jubah, kurta dan Baju Melayu moden. Namun, dalam banyak-banyak rekaan yang diketengahkan pereka fesyen, terdapat satu rekaan yang betul-betul mencetuskan kontroversi.
  • Baru-baru ini, rekaan baju raya Anuar Faizal dikritik hebat oleh pelbagai pihak gara-gara gaya 'shirtless' yang ditonjolkan model dalam beberapa rekaan tersebut yang dilancarkan dua hari lepas

    • Rekaan yang dinamakan Eid by Anuar Faizal itu menampilkan rekaan fesyen colour block yang dikatakan sangat trending ketika ini. Majlis pelancaran tersebut telah dilancarkan di Victoria Instituition Kuala Lumpur dan turut dihadiri media
    • Bagaimanapun, setelah gambar-gambar rekaan tersebut dimuatnaik di laman Instagram hujung minggu lalu, rata-rata para netizen memberi respon dan komen negatif terhadap gambar-gambar tersebut
      • Menurutnya, samping berwarna mustard yang dikritik orang ramai itu akan dijual satu set bersama baju dan seluar, bukannya hanya bersamping di pagi raya.
      • "Tujuan model tidak berbaju adalah untuk menunjukkan rekaan 'instant sampin' supaya pembeli di luar sana dapat mengetahui bagaimana samping ini berfungsi.

        "Gambar (hanya) berseluar adalah untuk menunjukkan rekaan seluar kami yg 'slimfit', lengkap bersama dua poket di kiri dan kanan serta menggunakan getah di belakang agar memudahkan pergerakan sewaktu solat.

        "Ini adalah kerana bila dipakaikan dalam set lengkap, ramai pembeli beranggapan seluar kami tidak fleksibel untuk solat di pagi Aidilfitri," katanya kepada Sinar Online.
          • Anuar Faizal (kiri) bersama rakannya di majlis pelancaran Eid by Anuar Faizal hujung minggu lalu.
        • Beliau memberitahu bahawa sebelum pertunjukan bermula, beliau sudah fikir kemungkinan dikritik orang ramai yang mungkin tidak faham dengan tindakannya itu. 

          Malah beliau juga mengatakan beliau tidak akan buat kerja gila dengan menunjukkan rekaan samping atau seluar tanpa baju untuk dipakai pada pagi raya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.