Tahukah Anda Inilah Tips Cara Dating Dengan Cara Halal. Tips Yang Ke-3 Paling Mantap!!! CAYALA...!!!

gambar hiasan

SHAH ALAM - Boleh tengok, tetapi tak boleh tenung, itu antara syarat yang dikenakan oleh Halal Speed Dating kepada calon yang ingin berkahwin menerusi program padan dan suai anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zuhri Yuhyi berkata, calon perlu berdaftar secara atas talian untuk mendapatkan tiket jemputan khas ke program ala mencari jodoh dan perlu ditemani muhrim atau kawan sejantina.
“Dalam Islam, temu janji (dating) itu haram. Kami nak guna pendekatan dengan cara berkenalan secara halal. Calon wanita perlu duduk dengan muhrimnya atau kawan wanita, manakala calon lelaki, setiap lima minit perlu bergerak dari satu meja ke meja lain (berkenalan).
“Calon boleh tengok pasangan  ditemui, tapi tak boleh tenung. Kita nak kembalikan cara sahabat Nabi Muhammad SAW, di mana calon lelaki jumpa calon wanita dalam pemantauan ibu bapa untuk menjaga kesucian dan maruah seorang wanita itu,” katanya.
Yuran komitmen RM120 untuk memastikan calon  berdaftar dan dapat tiket jemputan bagi melancarkan proses.
“Syarat program ini tidak ketat, asalkan dia tidak berseorangan, nanti jadi fitnah,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan mendedahkan maklumat peribadi calon wanita dipadankan, sebaliknya calon lelaki perlu menghubungi wali atau muhrim itu sendiri untuk berunding.
“Kami tak bagi nombor calon wanita yang dipilih, tapi kami bagi nombor telefon wali dia. Selebihnya terpulang kepada calon lelaki.
“Terdapat kira-kira 4.3 juta orang masih bujang dan mencari, tapi mereka keluar temu janji. Kita nak elak fitnah,” ujarnya.
Program diasaskan sejak 2015, kini mempunyai keahlian hampir 8,000 orang, manakala empat pasangan  berjaya menemui jodoh dan bakal berkahwin.
Orang ramai yang masih bujang dan mencari jodoh  dijemput ke Halal Speed Dating di Pusat Konvensyen Telekom, Kuala Lumpur pada 14 Mei ini.
“Mereka boleh daftar percuma di atas talian dan kami akan emel jemputan untuk tiket berharga RM120. Tempat adalah terhad.
“Jika daftar awal, tiket  RM80 dan diskaun terhad sehingga Isnin (9 Mei),” katanya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.