BN MENANG PRN SARAWAK TANPA TANDING, RASMI KEKAL KERAJAAN NEGERI.



Setakat jam 8.30 malam ini, BN berjaya membentuk kerajaan negeri Sarawak apabila keputusan rasmi menunjukkan mereka sudah berjaya mendapatkan 45 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.
Dua kerusi dimenangi semasa penamaan calon.
DAP berjaya mendapat 5 kerusi manakala PKR pula 3. PAS dan parti serpihannya, AMANAH setakat ini belum berjaya mendapat sebarang kerusi.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem terus kekal sebagai ADUN untuk penggal ke-10 setelah memenangi kerusi Tanjong Datu.
Pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB itu mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan, dengan majoriti 5,892 undi.
Adenan mendapat 6,360 undi berbanding Jazolkipli yang meraih 468 undi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) itu. Calon PKR itu turut hilang deposit.
Ini kali pertama Adenan, selaku Ketua Menteri, mengetuai BN negeri pada pilihan raya negeri.

Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada 2014, menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud, kini Yang Dipertua Negeri Sarawak, selepas menerajui Sarawak kira-kira 33 tahun. – Malaysiakini

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.