(VIDEO) Kisah Sebenar Budak lelaki Melakukan Permainan Extream Mati Serta-Merta Di Tempat Kejadian Menjadi Viral Di Laman Sosial!

ADUH… kita yang melihat pun rasa sakit, apatah lagi tuan empunya badan.

Sebuah video yang memaparkan aksi seorang lelaki dan rakannya membuat aksi ‘suplex’ di tepi kolam renang kini tersebar menjadi viral di media sosial.
jatuh kolam
Video tersebut mencetuskan rasa ngeri ramai dek kerana kepala lelaki tersebut terhentak kuat pada bucu kolam renang ketika mengangkat rakannya sebelum masing-masing terjatuh dalam kolam.
Tambah simpati, video yang diviralkan oleh seorang netizen Clement Tan menerusi laman Facebook itu mendakwa lelaki malang berkenaan mati serta-merta ditempat kejadian.
Video: Lelaki Terhentak Kepala Di Tepi Kolam Sebenarnya Hidup
Bagaimanapun, dakwaan Clement rupa-rupa adalah palsu semata-mata kerana sebenarnya lelaki itu masih hidup.
Hal itu dibongkar setelah seorang pengguna bernama Richie Bustos memuat naik video yang asal dengan durasi yang lebih panjang.
Dalam video itu, lelaki tersebut dilihat kembali berdiri seperti biasa di dalam kolam.
Jadi, terungkai sudah persoalan bahawa dalam kejadian tersebut tiada sesiapa yang meninggal dunia. – MYNEWSHUB.CC


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.